Sunday, April 26, 2009

KANAK-KANAK HILANG

KANAK-KANAK HILANG
posted by ar_rawa at intanhijau - 1 hour ago
Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Friday, April 24, 2009

Kalau pemimpin ada iman, baru rakyat rasa aman

Sememangnya tidak dapat tidak, pemimpin yang diamanahkan memimpin rakyatnya ke jalan yang diredhai Ilahi, mestilah datang dari kalangan yang beriman, yang takut (taqwa) akan Tuhan, yang ingat akan hari Pembalasan, yang tahu dosa dan pahala, yang tahu hak dan batil...
Barulah rakyat akan merasa aman dan tenteram di bawah naungan pemimpin yang sedemikian. Aman dalam erti kata merasa selamat, sentosa dan sejahtera, merasa dekat dengan Tuhan, merindui Nabi saw. setiap waktu dan keadaan dalam menjalani urusan hidup seharian dengan mengamalkan sunnah baginda.
Makanya... kita di bumi tercinta, di negaraku Malaysia nan satu ini, bagaimana ya...

Tuesday, April 14, 2009

P O L I T I K ?



Pakai Otak Laaa...., Ini Tidak, Ikut Kemaruk jerrrr, ye tak!


itu le falsafahnya orang politik...

Saturday, April 11, 2009

Siapa golongan syaitan...?



"Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah, Mereka itulah golongan syaitan, Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itu ialah golongan yang rugi." (Al-Mujadalah : 19)

Friday, April 10, 2009

Malam Itu Di Bukit Gantang II

Nizar,
Ikon anak muda masa kini,
Yang tua turut di hati,
Mangsa kerakusan dan ketamakan
kuasa sang memanda,
Dituduh derhaka oleh penderhaka
hakiki,

Dicaci dihina oleh si hina, Tidak,
Itu takkan memudarkannya,
Malah itulah yang memugarnya,
Semangatnya, Jiwanya, Raganya,
Digaul rapi, Tidak sedikit,
Malah semuanya untuk rakyat
jelata.

.... Anwar Azidin

Bacalah lagi di..
(Suara Keadilan Bil. 176)

Thursday, April 9, 2009

Katanya Zambry...

Mengulas kekalahan di Bukit Gantang 7hb. April nan lalu, mengaku jugak la akhirnya MB BN Perak dengan katanya, peningkatan majoriti kemenangan calon PAS berbanding 1,566 undi dalam pilihanraya umum lalu mungkin isyarat daripada rakyat Perak bahawa mereka kurang senang dengan cara BN mengambil alih pentadbiran Perak Februari lalu. Puuuulak dah!
(BH:8.4.2009)
p/s: Hah? apa dia? tak berapa dengar laaa.....

Wednesday, April 8, 2009

dan, keputusannya...

Nah, satu Batang untuk kau, dua Bukit untuk aku!

Keputusan PRK kali ini, sekadar mengembalikan tempat duduk masing-masing. Namun, besar impak yang ditinggalkan... !