Monday, August 23, 2010

Isu khatib doakan Guan Eng

GEORGETOWN - Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mahu tindakan diambil terhadap khatib yang terbukti bersalah mendoakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada khutbah Jumaat yang tidak termasuk dalam teks khutbah disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Thursday, August 19, 2010

Kesalnya Musa pada Arjunan

PETALING JAYA - KPN, Tan Sri Musa Hassan melahirkan rasa kesal pihak polis terhadap tindakan ahli politik PKR, M S Arjunan yang enggan memberi kerjasama mengenai dakwaan seorang timbalan menteri terbabit kegiatan tidak bermoral.

Wednesday, August 18, 2010

Cubaan bunuh karier politik

SHAH ALAM - Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan menganggap laporan kononnya beliau dalang kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran dan mengedar dadah sebagai tindakan mahu memburukkan nama dan menghancurkan kerjaya politiknya.

Tuesday, August 17, 2010

Enam nak disaman FELDA!

KUALA LUMPUR - Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfailkan saman RM200 juta terhadap enam pihak termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam akhbar parti itu, Suara Keadilan, Jun lalu.

Monday, August 16, 2010

Mufti Perak dan 'Perlembagaan Negara'

IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa ada individu tertentu mengambil kesempatan menghasilkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan sedia ada.

Monday, August 9, 2010

Resolusi sokong mahasiswa berpolitik

BANGI - Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (MPP IPTA) 2010 semalam membuat resolusi menyokong pembabitan mahasiswa IPTA dalam parti-parti politik.

Sunday, August 8, 2010

Kenyataan Abdul Hadi tepat kata Muhyiddin

PAGOH - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah, sebagai sesuatu yang amat tepat.

Friday, August 6, 2010

Mahkamah tolak petisyen Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR - Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tewas dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada April lepas, gagal mendapatkan pengisytiharan mahkamah supaya keputusan pilihan raya itu terbatal dan tidak sah.

Aduhai Dun Perak....

IPOH - Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin kesal dengan perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang berlangsung hanya sehari dalam keadaan sidang Dun yang tidak terkawal kerana dikendalikan oleh Speaker yang dipertikaikan statusnya.

Thursday, August 5, 2010

Tak de pihak ketiga kata Polis

KLANG - Polis yakin tiada pihak ketiga terlibat dalam kes kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) kawasan Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh bersama pembantunya dalam kereta di Sungai Buloh dekat sini kelmarin.

Friday, July 30, 2010

Kempen Anti-Saman Ekor (KASE)

KUALA LUMPUR - PAS akan menggerakkan Kempen Anti-Saman Ekor (KASE) ke seluruh negara untuk sama-sama mengajak rakyat menentang tindakan zalim kerajaan itu selain mendesak kerajaan menarik balik saman ekor yang dikuatkuasakan secara mandatori oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini kerana tindakan itu jelas menyusah dan membebankan rakyat malah, ia bercanggah dengan prinsip keadilan.

Liong Sik main tipu ke???

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek 'Mega Distribution Hub' di Pelabuhan Klang.

Friday, July 23, 2010

Peguam Bala serah afidavit

PUTRAJAYA - P Balasubramaniam, saksi utama perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menyerahkan afidavitnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), petang semalam.

Saturday, July 10, 2010

Harus terbuka terima kritikan

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan parti sendiri mahupun pembangkang.

Friday, July 2, 2010

Sports TOTO terbit bon 'medium term'

KUALA LUMPUR - Walaupun kelulusan judi sukan bola sepak ditarik balik oleh Kerajaan Umno-BN dari Ascot Sports, tetapi melalui syarikat terasnya Berjaya Sport Toto Bhd (BToto) menyebutkan Sports Toto Malaysia Sdn Bhd (STMSB) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti bagi STMSB menerbitkan bon 'medium term' berjumlah sehingga RM800 juta.

Sapa 'budak suruhan' UMNO tu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas semula kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan melabelnya sebagai budak suruhan UMNO sebagai membalas kenyataan Khairy terhadapnya berhubung isu laporan dalam akhbar Washington Post.

Thursday, July 1, 2010

Tak jadi pulak ke London - SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, memutuskan tidak akan menghantar pegawainya ke London bagi mengambil keterangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Monday, June 7, 2010

Saifuddin serah kepada peguam

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau tidak perlu meminta maaf berhubung kes saman difailkan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, kerana perkara itu sudah diselesaikan dalam perbahasan di Dewan Rakyat April lalu.

Monday, May 10, 2010

Siapa proksi Zionis Yahudi?

KUALA LUMPUR - Pendedahan akhbar Berita Harian 5 Mei 2010 berhubung laporan sebuah laman web pro Amerika-Israel mengesahkan bahawa Malaysia kini telah berada dalam blok negara yang menjadi sekutu Amerika Syarikat dan negara haram Israel.

Sunday, April 25, 2010

Nik Aziz ke Hulu Selangor

KUALA LUMPUR - Kedatangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat membantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka merancakkan lagi kempen saat-saat akhir sebelum hari mengundi pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 25 April ini.

Tuesday, April 20, 2010

Azmin dakwa ada dalang...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mendakwa kes-kes lompat parti membabitkan pemimpin dan ahli PKR didalangi individu yang dilabelkan 'panglima-panglima besar' UMNO.

Wednesday, April 14, 2010

Inilah Dia Calon Kita



Inilah dia calon kita untuk PRK P094 Parlimen Hulu Selangor. Ayuh, lawan tetap lawan!

Dan calonnya... ialah....

http://suara-keadilan.com/system_files/lib/imgresize?src=system_files/templates/default/pic/publications/thumb/20100414000015_DSC_0259.JPG&h=120&w=160&zc=1


Datuk Zaid Ibrahim Calon Pakatan Rakyat


Oleh Dzulkarnain Taib

SERENDAH 13 Apr - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat akan mewakili gagasan itu dalam pilihan raya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor 25 April depan sambil menyifatkan beliau telah 'diuji'.

Pengumuman yang dibuat tepat pukul 10.58 malam di Dewan Komuniti Serendah dihadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat yang telah menunggu dengan sabar sejak pukul 8 malam sekaligus menamatkan spekulasi media mengenai calon yang diplih bagi bertanding tersebut.

Anwar yang memulakan ucapan beliau pada pukul 10.45 malam membuat pengumuman itu Anwar berkata keputusan memilih Zaid dibuat setelah pucuk pimpinan KEADILAN bemesyuarat serta menyaring kesemua calon yang layak secara teliti.

"Zaid adalah seorang yang istimewa kerana belum ada dalam sejarah negara seorang Menteri sanggup berhenti kerana hendak pertahankan hak rakyat berbanding dengan pemimpin Umno yang merangkak cium tangan pemimpin sebab nak jadi menteri.

"Zaid ini degil pertahankan prinsip, beliau tidak boleh terima bila kerajaan guna undang-undang rakus tindas rakyat. Beliau kata,'enough is enough, here's my resignation letter'. Hari dia letak jawatan hari yang sama juga saya adakan pertemuan sulit dengan dia. Saya kagum beliau tunjuk semangat korban untuk rakyat.

"Beliau menjelajah keseluruh negara, dia beritahu saya samada dia dipilih atau tidak dipilih sebagai calon beliau tetap berkempen untuk parti. "Beliau sebagai peguam tinggal di Selangor selama lebih 30 tahun dan rekod beliau sebagai Ahli Parlimen Kota Bahru dia jaga kawasan dengan baik, saya pasti beliau akan memberi khidmat jauh lebih baik kepada rakyat dan saya minta sokongan dan mandat kepada dia.

"Bila Umno ketahui kita akan calonkan Zaid mereka adakan mesyuarat tergempar petang tadi. Saya tidak kira Palanivel atau orang lain atau Umno kita akan pertahankan semangat juang untuk membawa perubahan. Zaid akan wakili semua masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asal di Hulu Selangor," kata Anwar semasa memperkenalkan Zaid.

Turut hadir Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat termasuk Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Dalam ucapan sulungnya sebagai calon Pakatan Rakyat, Zaid berkata beliau amat memahami masalah rakyat Selangor.

"Saya bersyukur diberi kepercayaan menjadi calon bagi Pakatan Rakyat dan saya terharu kerana saya tahu saya ahli parti yang baru tetapi inilah pengorbanan kawan-kawan di Hulu Selangor, kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor dan pucuk pimpinan KEADILAN yang beri peluang kepada saya. Saya rakamkan penghargaaan kepada mereka dan saya terima amanah ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Beban yang dipikul oleh pimpinan adalah berat saya mahu sama-sama pikul beban itu supaya kerajaan yang zalim ini kita atasi.

"Saya bukan orang luar, saya sudah bermastautin lama di Selangor dan saya tahuu masalah orang Selangor dan Hulu Selaqngor, orang miskin, nasib peneroka Felda. Negara kita kaya tapi kerana tamak tidak cukup untuk rakyat. Dengan sokongan rakyat saya boleh jadi suara di Hulu Selangor," kata Zaid dalam ucapan ringkas beliau.

Zaid adalah bekas Menteri Undang-undang di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.Bagaimanapun beliau meletak jawatan pada 16 September 2008, kerana beranggapan gagal memperkenalkan beberapa dasar baru dalam sistem perundangan selain kecewa dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang pada anggapannya sudah disalah gunakan.

Zaid kemudiannya memilih KEADILAN sebagai platform politiknya bagi meneruskan perjuangan melawan ISA dan memantapkan sistem demokrasi negara pada 13 Jun 2009 selepas dipecat daripada Umno pada Disember 2008.

Ketika ditanya media mengapa beliau memilih KEADILAN sebagai parti pilihan, Zaid berkata beliau tertarik dengan konsep kepelbagaian kaum yang diperjuangkan oleh parti itu.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak 25 Mach lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari Sabtu 17 April sebagai hari penamaan calon manakala 25 April adalah hari pengundian.

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN HULU SELANGOR

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April 2010...

Tuesday, April 13, 2010

MAJLIS PENGISYTIHARAN CALON P.094

MAJLIS PENGISYTIHARAN CALON
PARLIMEN P.094
HULU SELANGOR
PARTI KEADILAN RAKYAT
BERSAMA
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Tan Sri Khalid Ibrahim
Y.B Tuan Guru Hj Abd. Hadi Awang
Y.B Lim Guan Eng
Y.B Azmin Ali
Y.B Saifuddin Nasution
Y.B Nizar Jamaluddin

TARIKH / MASA
13HB APRIL 2010 (SELASA)
JAM 8.30 malam
TEMPAT
DEWAN KOMUNITI SERENDAH
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Monday, April 12, 2010

Zaid lawan Palanivel?

Zaid Ibrahim pilihan PKR jika BN calonkan Palanivel
11/04/2010 6:52pm

SHAH ALAM 11 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon mereka pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hanya jika Barisan Nasional (BN) menamakan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel sebagai calonnya.

Menurut sumber dalaman parti sekalipun Zaid dilihat calon pilihan PKR, parti itu mungkin menukar beliau kepada orang lain pada saat-saat akhir jika BN tidak mencalonkan Palanivel.

PKR menjangkakan pertandingan antara dua calon yang berkaliber sekiranya BN meletakkan Palanivel, kata sumber itu kepada Bernama di sini.

Beliau bagaimanapun tetap melihat Zaid sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu sekalipun pucuk pimpinan parti mempunyai percaturan lain jika ramalan Zaid dan Palanivel tidak menjadi kenyataan. - Bernama
Add to Google

Dolak - Dalik Musa

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan yang berdolak-dalik mahu Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim membukti dan memberi maklumat lengkap tentang dakwaannya bahawa wujud ejen Israel dalam PDRM makin menyerlahkan 'temberang' kerajaan.

Tuesday, April 6, 2010

Siapa Calon Pakatan?

Marilah kita bersama dan solat hajat agar calon yang akan dipilih menentang BN nanti yang berwibawa, amanah dan bertaqwa dapat membawa perubahan Hulu Selangor ke arah yang lebih baik dan dirahmati ALLAH, amin!

Friday, April 2, 2010

Saham RM52 bilion lesap!

KUALA LUMPUR - PAS kesal atas pengkhianatan kerajaan Umno - BN dengan kehilangan saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion.

Friday, January 8, 2010

Anwar kata kerajaan 'pilih kasih'

KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan mengamal sikap 'pilih kasih' apabila memberi 'lampu hijau' kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinaungi parti kerajaan menganjurkan perhimpunan isu kalimah Allah.