Saturday, October 10, 2009
Sunday, October 4, 2009
Strategi muslimat kita...
Bagan Pinang: Muslimat susun strategi dekati pengundi senyap
Hazayani ZakariaPengurus petugas kempen HalWa Negeri Sembilan, Rosenadiah Zainuddin berkata jentera Halwa sedang mengatur strategi supaya pengundi menyedari kehadiran PAS di kawasan itu dengan mengadakan pelbagai program berbentuk kemasyarakatan agar pengundi berasa lebih dekat dengan PAS.
"Ramai pengundi senyap di kalangan Melayu.Kaji selidik PRU 2008 menunjukkan dua kali peningkatan undi Melayu berbanding pada 2004. Maksudnya sokongan daripada pengundi melayu di Bagan Pinang selain undi pos pada tahun 2008 memang dah meningkat. Yang kita risau sekarang ini ialah pengundi pos."katanya sewaktu ditemui di bilik gerakan HalWa, dekat sini.
Menurut beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS negeri, kempen jentera HalWa juga akan tertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada pengundi di Bagan Pinang agar berani membuat perubahan dengan mengundi PAS pada pilihanraya kecil kali ini.
ImageIni kerana berdasarkan kaji selidik yang dilakukan jentera HalWa, ramai pengundi khususnya pengundi Melayu menunjukkan kebencian terhadap kepimpinan Umno Barisan Nasional namun tidak bersedia untuk meninggalkan parti itu.
"Daripada kaji selidik yang kami buat, jelas nampak pengundi di sini tidak suka BN tetapi untuk mengalihkan sokongan kepada parti lain, mereka belum bersedia."
"Masalah utama di sini, kesedaran politik sangat kurang baik penyokong BN atau PAS sendiri. Mereka malas nak fikir pasal politik. Walaupun mereka tahu BN salah, mereka tetap undi. Mereka segan nak tukar kepada PAS."Ujarnya.
Beliau berkata, pengundi India menunjukkan sikap yang sebaliknya. Mereka lebih terbuka dalam berfikir mengenai politik dan lebih senang untuk didekati berbanding pengundi Melayu.
Menyentuh mengenai persiapan jentera HalWa negeri , beliau memberitahu jentera HalWa sudah bersedia di setiap unit peti undi (UPU) di kawasan itu dan setakat ini beberapa upu sudah bergerak untuk proses culaan.
"Kami dah siapkan program untuk setiap UPU bermula hari penamaan sehinggalah ke hari hari mengundi. Ada muslimat yang dah datang membantu antaranya daripada Kelantan, dan Terenganu."Ujarnya lagi.
Jentera HalWa juga kata Rosenadiah menyokong penuh Zulkefly Mohd Omar sebagai calon memandangkan pesuruhjaya Negeri Sembilan itu mempunyai hubungan akrab dengan penduduk yang pelbagai kaum.
"Kami sangat setuju beliau jadi calon. Beliau mempunyai hubungan yang sangat bagus antara semua kaum. Kalau beliau pergi mana-mana memang orang suka."Tambah beliau.
Sementara itu, Ketua Muslimat Negeri Sembilan, Fazilah Abu Samah menyeru agar seluruh muslimat dari setiap negeri turun membantu kempen di Bagan Pinang yang akan bermula selepas proses penamaan calon 3 Oktober ini.
"Besarlah harapan kami agar setiap negeri menghantar petugas mereka dengan kadar yang segera kerana kami di sini masih kekurangan petugas sepenuh masa."
"Kami juga ucap terima kasihlah kepada negeri yang sudah menghantar petugasnya."Tambahnya.
Terdahulu, beberapa ahli jawatankuasa muslimat negeri yang diketuai Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Kartini Ahmad mengadakan ziarah Aidilfitri ke rumah seorang warga emas berketurunan Tiong Hua di UPU Taman Eastern.
Lagi berita di...
http://dialograkyat.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-muslimat-susun-strategi.html
Saturday, October 3, 2009
Apa kata Azmin Ali...
Dipetik dari; http://www.keadilanrakyat.org/index.php?option=com_content&view=article&id=374%3Abagan-pinang-umno-ketandusan-calon-&catid=109%3Anews-latest&Itemid=304&lang=en
Bagan Pinang - UMNO Ketandusan Calon
Tindakan UMNO-Barisan Nasional menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang menunjukkan parti berkenaan ketandusan calon yang berwibawa dan bersih.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Sdr. Azmin Ali berkata pemilihan Isa sebagai calon membuktikan Najib Razak mempunyai agenda tersendiri apabila beliau beriya-iya mempertahankan Isa walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak.
"Inilah sikap tolong menolong dalam UMNO-Barisan Nasional. Engkau tolong aku, aku tolong engkau. Engkau tutup kes aku, aku tutup kes engkau. Inilah semangat muafkat yang paling kental dalam UMNO-Barisan Nasional."
Menurutnya, UMNO-Barisan Nasional sekaligus ‘membakul sampahkan’ nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang memimpin UMNO-Barisan Nasional selama lebih 20 tahun.
Katanya, nasihat Mahathir supaya tidak memilih calon yang terlibat dengan rasuah langsung tidak diendahkan.
“Orang yang paling sedih dan muram pada malan ini ialah Tun Mahathir Mohamad. Dr Mahathir sudah beritahu berulang kali; dia turun dalam majlis Hari Raya Aidilfitri Negeri Sembilan beberapa hari lalu (agar) jangan pilih surat khabar lama.
“Mahathir beritahu jangan pilih bahan yang boleh dikitar semula. Dr Mahathir mengingatkan jangan pilih orang yang rasuah tetapi hari ini UMNO, setelah telek tenung, akhirnya kemukakan calon yang terbaik dalam simpanan mereka: Tan Sri Isa Samad,” katanya pada majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat malam tadi.
Azmin menyifatkan pemilihan Isa sebagai satu penghinaan UMNO kepada masyarakat di Bagan Pinang.
Menurutnya parti berkenaan tidak pernah belajar dari kesilapan kerana mengemukakan calon yang disabitkan dengan kesalahan politik wang.
“Hari ini diangkat lagi calon yang bergelumang dengan rasuah, seolah UMNO cuba memperbodohkan orang Bagan Pinang. UMNO cuba menghina pengundi-pengundi pos, UMNO menghina pegawai tentera. Ayuh warga Bagan Pinang, tolak calon UMNO pada 11 Oktober akan datang,” katanya.
Sementara itu Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata pemilihan Isa membuktikan Najib sebenarnya tidak ada keinginan untuk menghapuskan rasuah seperti yang dilaungkannya kepada rakyat.
Menurutnya, kegagalan Najib juga menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Persaingan Antarabangsa jatuh tiga anak tangga iaitu di tangga ke-24.
“Bagaimana Perdana Menteri baru Najib kata mahu membawa perubahan. Satu daripada enam KPI ialah membenteras rasuah. Bagaimana dengan seorang yang terlibat dalam rasuah politik wang mewakili UMNO dan Barisan Nasional. Apa maknanya bahawa Perdana Menteri baru tidak ada keinginan politik untuk menghapuskan rasuah?
“Kerana institusi-institusi penting dalam negara seperti Polis, SPRM, kehakiman, SPR semua sudah hilang kebebasan, hilang profesionalisme. Oleh itu persaingan antarabangsa kita jatuh dan menyebabkan Malaysia tidak begitu kompetitif berbanding negara lain untuk menarik pelabur asing,” katanya.
Friday, October 2, 2009
Thursday, October 1, 2009
Selingkar hikayat si bagan pinang
Sapo lawan sapo, dah tau dah!
pILIH punya pilih punya pilih punya pilih...., terpilihla Pakcik Isa. Lawan pulak ngan Abang Zul. Maka kelua la tajuk berita, "Isa lawan Zul". Kenapa tak kelua :Zul lawan Isa??? Sebab, secara psikonya, yang nama kat depan tu dominan. Dia lebih besar, lebih kuat, lebih berpengaruh, lebih hebat, lebih ada can nak menang! Jadinya, Isa lawan Zullah. Zul ni kira underdog la. Bukan pilihan untuk menang! Eh, eh, eh, nanti dulu... lawan duluuuuu! baru tau menang-kalah.
Syabaslah ye Pakcik Isa, dah terpilih jua akhirnya! Biar pun ada atuk tu frust gilerrrr, orang tak ikut cakap dia. Buat Abang Zul, berat amanah nak dipikul tu bang oi! Semoga larat la menanggungnya!
Dan, Bagan Pinang.... berpestalah! Sebermula hari Penamaan Calon nanti tanggal 3hb. Oktober, 2009!















