Dipetik dari; http://www.keadilanrakyat.org/index.php?option=com_content&view=article&id=374%3Abagan-pinang-umno-ketandusan-calon-&catid=109%3Anews-latest&Itemid=304&lang=en
Bagan Pinang - UMNO Ketandusan Calon
Tindakan UMNO-Barisan Nasional menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang menunjukkan parti berkenaan ketandusan calon yang berwibawa dan bersih.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Sdr. Azmin Ali berkata pemilihan Isa sebagai calon membuktikan Najib Razak mempunyai agenda tersendiri apabila beliau beriya-iya mempertahankan Isa walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak.
"Inilah sikap tolong menolong dalam UMNO-Barisan Nasional. Engkau tolong aku, aku tolong engkau. Engkau tutup kes aku, aku tutup kes engkau. Inilah semangat muafkat yang paling kental dalam UMNO-Barisan Nasional."
Menurutnya, UMNO-Barisan Nasional sekaligus ‘membakul sampahkan’ nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang memimpin UMNO-Barisan Nasional selama lebih 20 tahun.
Katanya, nasihat Mahathir supaya tidak memilih calon yang terlibat dengan rasuah langsung tidak diendahkan.
“Orang yang paling sedih dan muram pada malan ini ialah Tun Mahathir Mohamad. Dr Mahathir sudah beritahu berulang kali; dia turun dalam majlis Hari Raya Aidilfitri Negeri Sembilan beberapa hari lalu (agar) jangan pilih surat khabar lama.
“Mahathir beritahu jangan pilih bahan yang boleh dikitar semula. Dr Mahathir mengingatkan jangan pilih orang yang rasuah tetapi hari ini UMNO, setelah telek tenung, akhirnya kemukakan calon yang terbaik dalam simpanan mereka: Tan Sri Isa Samad,” katanya pada majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat malam tadi.
Azmin menyifatkan pemilihan Isa sebagai satu penghinaan UMNO kepada masyarakat di Bagan Pinang.
Menurutnya parti berkenaan tidak pernah belajar dari kesilapan kerana mengemukakan calon yang disabitkan dengan kesalahan politik wang.
“Hari ini diangkat lagi calon yang bergelumang dengan rasuah, seolah UMNO cuba memperbodohkan orang Bagan Pinang. UMNO cuba menghina pengundi-pengundi pos, UMNO menghina pegawai tentera. Ayuh warga Bagan Pinang, tolak calon UMNO pada 11 Oktober akan datang,” katanya.
Sementara itu Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata pemilihan Isa membuktikan Najib sebenarnya tidak ada keinginan untuk menghapuskan rasuah seperti yang dilaungkannya kepada rakyat.
Menurutnya, kegagalan Najib juga menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Persaingan Antarabangsa jatuh tiga anak tangga iaitu di tangga ke-24.
“Bagaimana Perdana Menteri baru Najib kata mahu membawa perubahan. Satu daripada enam KPI ialah membenteras rasuah. Bagaimana dengan seorang yang terlibat dalam rasuah politik wang mewakili UMNO dan Barisan Nasional. Apa maknanya bahawa Perdana Menteri baru tidak ada keinginan politik untuk menghapuskan rasuah?
“Kerana institusi-institusi penting dalam negara seperti Polis, SPRM, kehakiman, SPR semua sudah hilang kebebasan, hilang profesionalisme. Oleh itu persaingan antarabangsa kita jatuh dan menyebabkan Malaysia tidak begitu kompetitif berbanding negara lain untuk menarik pelabur asing,” katanya.















No comments:
Post a Comment